Weekend Yang Santai.....

Ok. Baru boleh blogging dengan suka hati. Sekarang nak update sikit aktiviti bersama kami. 

Oleh kerana Mr. F tidak dapat melelapkan mata selepas pulang dari bekerja, aku mengajak nya bersiar2 di pantai yang agak popular la di Bumi Cik Siti Wan Kembang ni iaitu Pantai Cahaya Bulan atau dengan nama pendeknya PCB… Kami hanya pergi bersiar2 kerana sudah agak lama kami tidak keluar ber’dating’… He3... Saje nak menggatai keluar bersama!!!

OK.Sekarang aku nak kongsi sedikit kisah pantai ini.

PANTAI CAHAYA BULAN merupakan salah satu pantai yang terkenal di bumi Kelantan ini.Ia terletak kira-kira 10km dari bandar Kota Bharu.Pada suatu ketika dahulu pantai ini dinamakan PANTAI CINTA BERAHI yang dikatakan telah diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini ketika PERANG DUNIA II kerana cintanya tidak berbalas.(orang cakap la.aku tak tau.)
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 km. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu PANTAI CAHAYA BULAN telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Tapi kini semua ini hanya indah khabar dari rupa kerana keindahan pantai ini sudah banyak yang terjejas dek kerana perbuatan kita sendiri.

DULU

KINI

1 comment:

Ceiler Mun said...

penah p kt cni sekali...hehhee

kawan setia OUR STORY