Cinta Kerana ALLAH S.W.T.


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata..

Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha
Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Kenapa Abang Cintakan Sayang ek???


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

Weekend Yang Santai.....

Ok. Baru boleh blogging dengan suka hati. Sekarang nak update sikit aktiviti bersama kami. 

Oleh kerana Mr. F tidak dapat melelapkan mata selepas pulang dari bekerja, aku mengajak nya bersiar2 di pantai yang agak popular la di Bumi Cik Siti Wan Kembang ni iaitu Pantai Cahaya Bulan atau dengan nama pendeknya PCB… Kami hanya pergi bersiar2 kerana sudah agak lama kami tidak keluar ber’dating’… He3... Saje nak menggatai keluar bersama!!!

OK.Sekarang aku nak kongsi sedikit kisah pantai ini.

PANTAI CAHAYA BULAN merupakan salah satu pantai yang terkenal di bumi Kelantan ini.Ia terletak kira-kira 10km dari bandar Kota Bharu.Pada suatu ketika dahulu pantai ini dinamakan PANTAI CINTA BERAHI yang dikatakan telah diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini ketika PERANG DUNIA II kerana cintanya tidak berbalas.(orang cakap la.aku tak tau.)
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 km. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu PANTAI CAHAYA BULAN telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Tapi kini semua ini hanya indah khabar dari rupa kerana keindahan pantai ini sudah banyak yang terjejas dek kerana perbuatan kita sendiri.

DULU

KINI

sangat2 penat apabila perlu berpindah.
tapi sgt best bler dpat pindah msuk ke rumah sendiri.
yeay!
pat wat ape je ngn suke ati ku.
nk conteng dinding bilik saya. 
hehehe.
suke2..





















>


Award RABBIT caer....




hai..hai..hai...
lawa tak award nie???
spe nk? spe nk?
lau nk g jenguk & folo CAER k....
kepada CAER..tahniah kerana follower makin ramai.....
jom sume kita berblogging sepuas2nye...


ELMO SYG!

tag kedua dari AYIN COMOT
ekceli ecah ta tau pe nme tag nie...
for this award, ecah kene jwb beberapa soklan comey ni :-

Apa nama kamu punya blog?
Our Story
Kenapa kamu letak tu sebagai title?
Sume ni cter yang berkait dengan idup ecah sama ada dari segi bisnes,peribadi dan sebagainya.
Siapakah teman yang paling kamu sayang?
Teman ape nie? lau teman lelaki msti la Mr. AFSS ecah..
Kenapa kamu sayang dia?
sbb dia olwez wat ecah gembira biler bersama ngn die,die juga ajar ecah erti berdikari dan kehidupan.
org yg aku nk tag ialah:
 tade tag2. aku mls la nk tag. spe nk amek je. huhu..

Ohh Mataku~~~

hehe...da lme menyepi...skunk ecah kembali! yeay!!! ok.. 1st thing nk tnye u olls nie..pe warna mate dak lam pic tu??? hee~~~ bkn pe..dak ni baru jek na berjinak2 ngn lens. dats y gedik2 nk upload lam blog nie. ngade an dak ni?? he3!!! 
ecah sje je nk kongsi perasaan ngn u olls ble ecah ltk mende tu lam mate ecah..hik3..mase ecah amek utk pkai lens tu lbh kurang 10mnit dek krn 1st time cube mencubenye. he3...pas da msuk mate tu, ase pdih2 je. cam de habuk je lam mate. tp ecah kuatkan hati, cekalkan jiwa, try gak pakai lens tu bab ecah na tnjuk kt buah hati tercinta ecah, Mr. AFSS. gedik kan? hehe.. ecah trus kol die suh dtg umah smata2 nk tnjuk mata nie. hehe. smpai je die da snyum2 da..alahai syg. ilang ase pdih kat mata nie ble awk senyum kt sye. hek3! u olls nk tau tak pe die ckp??? 
Warne ni cantik ngn awk syg! 
wahhh!!! makin gedik la ecah kan? hehehe.. suke2...pastu ecah kuar ngn die bersiar2 smbil g bli tdung baru. hehehe... 


ermm..ase nyer ni jela nk kongsi rini..hik3! t ecah rajin,ecah post entry lagi yer.. =p

Jom Menjahit

 Ok. Skunk ecah perlu kerja. Kerja. Kerja. Kerja. Ecah da nak kawen. Tp duit simpanan makin sikit da. Hish! Ni tak boleh jadi. Kene kerja nie. Ya Btul. Kat mne nk kje ea? Haaa.. Kje ngn mama je. Jahit baju. Ecah bkn ta reti kan? Btul3. Kje ngn mama k ecah. T nak kawen kan? Jgn mls2 da k. 


 bukan susah pom menjahit kan?
Ok! Pasni kne rajin k. Jangan mls2 da. Fikir mase dpn ye ecah. Fikir kan tunang tu. Malas ea? Kang ko tak kawin lak. Ha3! Dah3! Cukup da ecah melalut nie. Jom menjahit same2 ngn ecah k. 




p/s:Sape2 berminat nak join,jom! Tempahan diterima. Hanya di kawasan KOTA BHARU SAHAJA! Paling lame 3 hari. Luar kelatan boleh, Tapi SEMINGGU la yer. He3!!! (Sempat g promot nie.. ;p)




OPSSS!!Terlalu baik,B-A-H-A-Y-A!

Tak slh if kamu nk jadi KEKASIH YANG SEMPURNA..tp ada yg wajib kamu tao...
mebi kamu still keliru atau tak pasti sama ada kamu tergolong dlm golongan yg terlalu baik @ tidak..
kat bwh ni ecah na kongsi ngn kamu perkara2 yg mgkin blh memberikan kamu semua jwpnnya..

KAMU TERLEBIH MENCINTAINYA JIKA.....
Si dia lpe BEFDAY kamu nmun tnpa ase skit ati kamu ttp tdk prnah lpe utk celebrate BEFDAY die dgn pnuh kemeriahan.
Bercnta dah sgt lme tp dia tak prnah mnum air FEVERET kamu.
Tibe2 mncul dpn kamu slps 2MINGGU hilang tnpa berita.
Kamu olwez ucap I LOVE U,SAYANG AWK n so on la sdgkan si dia sekalupn tak prnah.
Kamu smpan elok2 smua srt,kad cnta & hadiah darinya.
Setiap kali dia kurang shat @ sakit,kamulah 1st person yg akn jnguk dia tp die tak prnah mghargainya malah nmpk kurng senang dgn kehadiran kamu.
KAMU TAHU CINTANYA BEGITU BESAR BILA.....
Si dia olwez ingat tarikh keramat kamu berdua DECLARE jdi kekasih.
Tanpa di minta,dia dgn inisiatif sndri utk bli air mineral utk kamu stlh pnt berjln.
Kamu pesan suh die bli pizza,then die dtg bwa soft drink sbgai pelengkap.
Kamu yg olwez mengakhiri bile kamu berdua bergayut di telefon.
Kamu mmbuka lacinya ternyata nama kamu tertulis dlm diarinya.
Dia sakit kamu belikan ubat untknya & bile shat die tak lpe untk blikan kamu PRESENT @ kuar mkn tnda dia amat hargai kamu mnjaganya.
Sooo..kamu tergolong dlm golongan mne satu?? renung2kanlh yer sume bloggers... (^_^)

awards from AYIN COMOT!

wahhh~~bestnyerr pat award dari dak comot nie..hehe..
spe2 nk korg kne la sporting cam ecah nie yooo..
hehe...
syg kamoo la...

Sayang Sayang Kamu Dah Berpunya




tetibe rasa rajin jemari halus ku ini utk menaip pagi ini..hik3!!! bile duk berkomen2 ngn dak comel kt ats nie..tetibe tingat lak mse jpe balik kt fb last year..adeh..! kenangan best tu! 



Lady NH: dek
Lady NH: akk nk pic adek ley x?
Lady NH: huhuhu
princess_bbpink: nak pic
Lady NH: ye dek
princess_bbpink: maluuuuuuuuuuuu
Lady NH: hahahaha
Lady NH: ade ke malu
Lady NH: hish!!
Lady NH: akk tgk pic adek kt fb
princess_bbpink: malu easss
Lady NH: akk tingat lak time kite mse skola rndah lu
Lady NH: huuuu
princess_bbpink: hahahaha
Lady NH: dek
Lady NH: can i ask u smething?
princess_bbpink: ghapo/
princess_bbpink: hahah
Lady NH: adek ingat tini doP?
princess_bbpink: tanyo laaaa
princess_bbpink: heegegegegegegegege
princess_bbpink: hih
princess_bbpink: bapo nan pompuam tuh?
Lady NH: erk?
Lady NH: adek xsuke die ker?
princess_bbpink: tak de
princess_bbpink: bapo
princess_bbpink: cito ahh
princess_bbpink: adk kak ko?
princess_bbpink: huh!
Lady NH: dlu jah
Lady NH: meme yo jd adk angkt kak meta
Lady NH: hurmmm
Lady NH: tol ke adek de bg warning kt die suh die pts ngn akk??
Lady NH: huhuhu
princess_bbpink: tadop pon
Lady NH: hmm
princess_bbpink: adk malah nop mk
princess_bbpink: hop tu adk wak snyap
princess_bbpink: bena meme hot gler ah
princess_bbpink: abh dio rampah
princess_bbpink: adk ingak kea dio kacip nan adk dlu kih meme nop sae
princess_bbpink: tapi rampas sgla kbhagiaan adk
princess_bbpink: hop tu adk no mod nan dio
princess_bbpink: huh!
princess_bbpink: LARI TUBIK AH KITO
Lady NH: adek
princess_bbpink: adk pon tbk skul ahh
princess_bbpink: malah nop nengop
princess_bbpink: wak nyakip ati jah
Lady NH: adek sakit ati nga kak ugop kow?
princess_bbpink: aahh
princess_bbpink: la bena nyer
princess_bbpink: tai adk da lupekan ah bilo dah pisoh dlu
princess_bbpink: tadop ah
princess_bbpink: mugo kak janji dlu tak kea cari ore lain
princess_bbpink: tup2
princess_bbpink: nge sae adk cndri
princess_bbpink: hop tu panah tu
princess_bbpink: tapi da ok da
princess_bbpink: huhuhuhu
Lady NH: ptt la time jupo kbmall dlu adek wat xtau jah
Lady NH: kak mtk maaf yunk
princess_bbpink: bilo kito jupo tuh?
Lady NH: lmo doh
princess_bbpink: hooo
princess_bbpink: hop tu
Lady NH: kak pom xingt
princess_bbpink: meme hop tu tngoh hot ag ahh
princess_bbpink: heheheh
Lady NH: jadi bg adek meme kito ni xdop gpo do la
Lady NH: buke adek ngan kakak doh kow?
princess_bbpink: meme ai tu mk gtu ahh
princess_bbpink: tapi gak
princess_bbpink: doh kak ngak ko adk ag
princess_bbpink: adk pon stil aggp po dlu ah
princess_bbpink: kak kea tau adk tak suke tuka ore
princess_bbpink: n adk tak pena gkr jnji
princess_bbpink: kat skul tu amai gler nak abk adk jadi adk dio
princess_bbpink: tapi adk tak nak ahh
princess_bbpink: takop kak tau
princess_bbpink: kak marah
princess_bbpink: mugo da janji kea dlu
princess_bbpink: tapi
princess_bbpink: dah la
princess_bbpink: lupekan ea
princess_bbpink: hehehe
Lady NH: ya Allah
Lady NH: dek
Lady NH: kak mtok maaf byok
Lady NH: ptt la time kak nga tini xhepi
princess_bbpink: hehe
princess_bbpink: tak ape la
princess_bbpink: bnda lame
Lady NH: kak lmo cri adek
Lady NH: mtk no nga pejal
Lady NH: ngga nizar
Lady NH: tp xdop
Lady NH: dlu kak ado no adek
Lady NH: tp adek xgno no tu
Lady NH: tp akk syukur sgt kito jpo dale fb
Lady NH: kak meme nop beki mula hbngn kito
Lady NH: mebi adek ssh doh nk cyo ko kak
Lady NH: yela
Lady NH: jnji dlu mgkir
Lady NH: tp kak hrp adek bg pluang ko kak sekali lagi
Lady NH: utk beki diri kak
Lady NH: nga hbngan kito nie
Lady NH: kak meme saye adek lagi
Lady NH: maafkan akk ye syg
princess_bbpink: hhehe
princess_bbpink: soe la lambat
princess_bbpink: adk make
Lady NH: kak nok msok meta
Lady NH: hee
princess_bbpink: okok
Lady NH: adek
Lady NH: wape tu?
BUZZ!!!
Lady NH: ye dek
princess_bbpink: bop mandi meta
princess_bbpink: eheheheh
Lady NH: ok2
Lady NH: hehe
princess_bbpink: nop
princess_bbpink: ok
princess_bbpink: hehe

Last message received on 2/18 at 2:47 PM

moral??? hargai mereka yang sayangkan kamu & jangan berjanji jika tak dapat nak tunai..he3!

Sindrom Down @ Bisu

ecah tulis entry ni sebab mse ecah smpai kt umah dlm pkul 10.30 tadi,tbe2 ade sorg uncle nie dtg umah bwk sorg budak perempuan yg sesat...kebetulan,tunang ecah & kwn die tak balik lagi so uncle tu dtg bertnye kan 'Penah nampak tak budak ni?Dia sesat.'Ya Allah..ecah terkedu kerana budak tu perempuan...yg kesiannye budak tu ecah tak pasti sme ade die sindrom @ bisu..bile tnye umah kt ne,just tunjuk2 je ngn tgn..taley ckp..tulis lagi la tak leh..disebabkan kesian tgk die kesejukan,ecah bwk dia tukar baju..yg plg buat ecah sebak,bdk ni ta reti pape...siap kene tlg tukar baju lagi...kesiannye..nk nangis tau...



Ya Allah,selamatkan lah hambaMu itu..lebih kurg 10 mnit,ecah berusaha berkomunikasi dengan budak tu,tp tade hasil..bagi pen dan kertas,hanya reti tulis 'USUSU' mne la ecah phm..pastu uncle tu buat keptsan report polis...ecah ingt nk g antr ngn tunang ecah bab die bg idea tu.yela.bdk perempuan.ecah tak percye kan mnusia skrg.asl perempuan,men baham je.hurmm..dlm 5 mnit pastu,polis peronda smpai.smpai2 je kt umah ecah,si polis da garu2 kepala ble tgk budak nie.ape slh die???lau die tu phm bahasa takpela..spe suh ko jadi polis kan??? tayah la merungut lau ade kes2 cmnie.dah la polis luar..bkn polis kelantan.bengang je ecah tadi.geram je nk ckp,'Takpe la abg POLIS,biar sye je take care of her....!'eeeee!! geram toll!!!kesian bdk tu tau tak!!! 


saat sedih bile polis tu nk amek bdk tu,bdk tu tak nak lps tgn ecah...Ya Allah...sebak dada ni memikirkan keadaan budak tu..tak terurus langsung..di mana ibu bapa dia???? mane tanggungjawab korg sbg ibu bapa??? hargai lah anak yg dianugerah kan Allah tu... heish!! jiwa kacau lak pkir pe nasib budak tu kalau si POLIS tu tak gak jpe cari rumah bdk tu... kusut2!!!!


pesanan ecah kepada masyarakat sekeliling....tlg la jge dan hargai amanah Allah nie...mereka memerlukan ibu bapa bukan orang lain...mereka perlukan kasih sayang,perhatian,didikan...mereka tidak memerlukan lebih dari keluarga mereka....jangan biarkan mereka keluar sendrian...


p/s : bkn emo tapi prihatin....


"Kontes Gempak Wan Hazel"


ouhh...gumbira hati ini bile di tag..hik3!!comel kan banner di atas...
tu la banner utk kontest yg ditag oleh cik AYIN COMOT kiter tu..hehee..mekaseh dear coz sudi tag ecah ea...jadi spe2 yg nk join tu,meh2 terjah blog Wan k...


ni first time ecah join kontest sepnjg ecah berblogging nie..errrrr...ley ke menang eyh?ta ksh la..
huhu...ecah join ni hanye suke2 je..tak mengharap pon..haa..mek la pic ni wan..ntah comel ntah tidak la yer..hik3!!!


pic ni ori k..pic the latest tau..hehe...

p/s: mls la nk tag2 nie..spe nk join je..hehehe...

kawan setia OUR STORY