:: CEMBURU KEBAHAGIAAN ORANG LAIN ::

Apa tandanya jika kita cemburu melihat
kebahagiaan orang lain? Adakah itu
membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana
membiarkan perasaan itu berlegar di dalam
diri? Ya...benar. Jiwa kita sedang sakit jika kita 
cemburu akan kebahagiaan orang lain dan ini
disebut hasad...cemburu yang melampaui batas!

Perasaan ini jika tidak dibendung boleh
membawa kepada kerosakan sebagaimana
api yang membakar kayu yang kering. Kenapa
biarkan hati dibelenggu begini sedangkan anda
sendri boleh mencari kebahagiaan itu.Jadikan
kebahagiaan orang lain yang berpasangan
sebagai inspirasi agar kita juga mampu
menikmati kenikmatan yang sama.

Firman Allah bermaksud:
''Dijadikan indah pada (pandangan) manusia
kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu
wanita-wanita,anak-anak,harta yang banyak
daripada jenis emas,perak,kuda pilihan,
binatan-binatang ternak dan sawah ladang.
Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah
lah tempat kembali yang baik (syurga)''
- Surah Ali-Imran : 14.

p/s : haaa..kwn2 kt luar sne,jgn la cemburu ye lau kite tgk org len bahagia..pe yg kite kne wat,try gapai kebahagiaan itu..ok??

No comments:

kawan setia OUR STORY