Di dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan persahabatan, selain sifat harga-menghargai,kejujuran juga amat penting kerana sahabat yang paling menguntungkan adalah seorang sahabat yang jujur, suka berterus-terang dan tidak menyembunyikan sesuatu dari anda, apatah lagi perkara itu boleh membawa keburukan kepada diri anda .
Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.
Cuba anda renungkan dan berfikir sejenak, bertanya pada diri anda… Adakah anda telah berlaku jujur terhadap sahabat-sahabat anda? Adakah anda sudah lakukan sepertimana yang dianjurkan oleh syariat Islam?
Sekiranya anda telah berlaku jujur terhadap sahabat dan rakan anda, Alhamdulillah… Tetapi ada juga manusia di dunia ini mereka menjalinkan hubungan silaturrahim dan persahabatan adalah kerana inginkan kebendaan semata-mata. Dan ada juga yang suka memilih bulu dalam persahabatan. Mereka memilih orang-orang tertentu untuk dijadikan sahabat supaya mereka mendapat manfaat daripada persahabatan itu, bukannya atas dasar keikhlasan dan kejujuran kerana Allah SWT tetapi bak kata pepatah “Ada udang disebalik batu.”
Dalam Islam memang dituntut setiap orang itu memuliakan saudaranya lebih dari dirinya sendiri. Begitu jugalah dengan kepentingan diri anda sendiri.
Anda harus mementingkan sahabat anda seperti anda lakukan terhadap diri anda juga. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sudah pastilah kecintaanKu itu untuk orang-orang yang saling ziarah- menziarahi kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaanKu untuk orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaanKu untuk orang-orang yang saling bantu-membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaanKu untuk orang-orang yang saling tolong-menolong kerana Aku.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
Lakukan sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas, berilah sesuatu kepada seseorang dengan ikhlas bukan dengan ada sebab lain. “Sudah pastilah kecintaanKu itu untuk orang-orang yang saling ziarah- menziarahi kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaanKu untuk orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku. Sudah pasti pula kecintaanKu untuk orang-orang yang saling bantu-membantu kerana Aku. Juga sudah pastilah kecintaanKu untuk orang-orang yang saling tolong-menolong kerana Aku.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.