Ada pelbagai keluhan ibu muda yang biasa kita dengar
tentang telatah anaknya.
"Kenapalah anak saya suka sepahkan barang-barang di rumah?"
Bukan itu sahaja, ada pelbagai persepsi masyaraka sekeliling hingga
mereka cepat melabel telatah anak orang lain.
Baru sekali berjumpa, sudah pantas menghukum.
"Anak awak ni tak pandai berkawan."
"Maaf, saya tak suka anak saya nanti jadi sombong seperti anak awak."
Sikap-sikap sebegini ialah suatu sikap yang tidak meletakkan sesuatu kena pada tempat.
Tidak membantu membaikkan keadaan.
Mana ada kanak-kanak yang sejak lahirnya tahu semua
perkara dalam dunia ini?
Mereka tidak diciptakan dalam keadaan sudah tahu segala disiplin,
adab sopan dan peraturan.
Kata pakar psikologi, nurture is nature.
Fitrah mereka perlu belajar.
Sebab itulah mereka dipanggil bayi dan kanak-kanak.
Mereka belum mengerti sebagaimana orang dewasa mengerti.
Tidak adil kita paksa mereka perlu memahami
sebagaimana kita memahami sesuatu.
Cuba kalau orang lain layan kita begitu?
Sakit kan?
Didiklah dengan lembut dan sabarlah
dalam apa-apa yang mereka belum ketahui.
Masa itu rawatan.